Sunday, January 18, 2009

P36 - Tahniah Pakatan Rakyat

18 Januari 2008 , angka 2,631 pasti akan kekal di ingatan Wan'G Ahmad Farid paling tidak sehingga PRU akan datang, kemenangan Mohd. Abdul Wahid Endut sudah dijangka banyak pihak dari awal cuma BN melalui mesin propagandanya sahaja yang cuba meyakinkan rakyat kununnya mereka masih berpeluang , meletakkan calon yang sangat terkenal dengan kaitan budak Tingkat 4 atau yang sangat "setia-kat-WANG" KJ bukan percaturan bijak BN tetapi siapa boleh halang jika menantu PM dah buat keputusan. Keputusan sudah diketahui , umum seperti biasanya sudah menjangka skrip Pilihanraya Kecil , mereka yang selalunya duduk di belakang kereta mewah yang selalu ditemani pemandu akan turun padang, ada yang sudah lama tidak berkain pelikat tetapi dek kerana P36 ini mereka berkain pelikat , yang sudah lama atau tidak pernah menunggang C70 boleh dilihat menunggang kenderaan yang tak mungkin ada di garaj rumah mereka kalau ada pun mungkin milik tukang kebun , seperti biasa projek berJUTA dijanji, pengundi yang dirasa boleh menentukan keputusan di layan bagai raja ,
rombongan rumah ke rumah untuk meminang undi dirakam dengan lensa kamera dengan penuh senyuman ketika bersalam dengan tuan punya rumah , yang penting pada BN mereka memaparkan pemimpin mereka kununnya berjiwa rakyat , tetapi di sabalik gambar itu BN lupa mereka juga memaparkan kedaifan kebanyakan rakyat negeri Terengganu yang sangat sinonim dengan Royalti Minyaknya .
Telemovie P36 sudah berakhir, BN seperti biasanya akan berbicara tentang menerima kekalahan , suara keramat rakyat , post-mortem dan di masa yang sama masih mengatakan rakyat akan tetap menerima BN dengan cuba mengingatkan rakyat apa yang telah BN lakukan sehingga hari ini ,membuat perbandingan yang menunjukkan bahagian yang lebih baik dengan kerajaan yang diterajui PR , tetapi maaf-apa keburukan yang mereka lakukan disebaliknya cukuplah disimpan didalam usus perut mereka . Buat rakyat yang merasakan BN akan cuba mendengar suara keramat akhirnya hanya mengharap , dan seperti biasa selepas beberapa ketika mereka akan tetap dengan keangkuhan & kesombongan mereka melacurkan pembangunan untuk rakyat kununnya- demi isi perut keluarga , menantu , rakan & Assoc.
Pakatan Rakyat memberi mesej sangat jelas kepada BN , pakatan mereka mungkin boleh dicuit dengan pelbagai isu- hudud misalnya yang dimula KJ ketika berdebat dgn Husam , tetapi dengan mudahnya dipatah oleh PR , DAP melalui Karpal jujur mengakui mereka memang
tidak bersetuju dengan hudud , BN yang sudah mula tersenyum menjangka PR akan retak akhirnya tenggelam sendiri dengan isu itu, DAP menerusi Lim Guan Eng & pemimpin lainnya kental membantu PAS tanpa sebarang masalah nyatanya kejujuran DAP di dalam isu ini menutup mulut pengkritik PR , yang akan tetap bersuara org UMNO yang baragama Islam itu sendiri .
P36 ini juga menunjukan mereka cukup matang berpolitik ,benar mereka punyai perbedaan pendapat kerna jika mereka punya pendapat semuanya sama tentu sahaja tidak wujud lagi PKR, DAP & PAS lagi. Mereka juga bijak menjaga hubungan BN juga melalui komponennya punya pendapat berbeda, apa jadi pada suara MCA yang mahukan konsesi lebuhraya disemak semula ,
apa kata orang UMNO, apa kata Samy Vellu & Co. , ini kali kedua MCA bersuara tentang isu ini ,
pertama kalinya mudah ditangani UMNO berdiam diri sahaja- kita tidak boleh berprsangka buruk dengan UMNO tentang ini kerana Kroni UMNO tidak terlibat di dalam konsesi UMNO ini - percayalah :), UMNO jika terus merasakan dialah tuan yang tidak boleh dicuit didalam BN,
percayalah BN ini dalamannya yang kurang dipapar kan lebih rapuh dari PR yang dalamannya memang selalu dipaparkan.
Pakatan Rakyat perlu bekerja bukan sahaja lebih kuat malah memberi cerminan apa visi mereka untuk menukar kerajaan semasa , ketelusan dan kesamarataan yang konsisten tanpa ada perlu pegangan kerajaan sekarang "kalau orang lain di posisi ini mereka akan melakukan perkara yang sama" buang segala unsur di dalam kerajaan BN yang jijik disebut tetapi
hanya menjadi bahan gurauan kalangan BN perkataan seperti korupsi , kronisme dan lain -lainnya yang sinonim dengan BN ini.
Skrip pilihanraya akan lebih kurang sama pada piliharaya akan datang tetapi apa yang perlu ditakuti BN kala ini bukan pengundi muda sebenarnya ,
tetapi pengundi yang selama ini memangkah mereka kerana "kerajaan sekarang dah ok , asal dapat makan cukup , pemimpin buat apa itu peluang mereka kerana mereka disitu" pengundi yang di dalam kalangan ini sudah mula memahami salah laku pemimpin BN boleh ditegur malah mereka mengetahui negara ini boleh memiliki pemimpin yang lebih jujur dalam mentadbir negara yang tercinta ini.Untuk BN jika mahu terus mahu memerah hasil kekayaan Malaysia ,
korbankan semua barisan yang ada kaitan dengan kebencian rakyat ini, tetapi jika di buang takutnya tiada langsung barisan kepimpinan yang ada sekarang - kalau masih mahu berkuasa lagi.

coretan khalayak
johor bahru

No comments:

Post a Comment