Friday, January 23, 2009

Bola Malaysia 2008 pecah , 2009 - Hancur Berderai ?



Sebuah tulisan tidak akan mampu mengubah sesuatu , tetapi di antaranya tulisan mampu mencetus bibit sesuatu setidaknya . Bolasepak Malaysia hari ini menyedihkan, memilukan tapi siapa mampu mencari penawarnya .
Rentetan sepanjang 2008 untuk bolasepak Malaysia masih belum terlewat untuk di baca ,

- Malaysia melantik pengurus pasukan yang sangat berpengalaman di dalam bola sepak ,
pernah mewakili pasukan blok kediaman di waktu petang , pengikut setia EPL ,
pemain jemputan di mana - mana aturcara yang dijemput ,
bermain untuk sekolah @ kelab - status perlu dirahsiakan atas sebab keselamatan ,
menjadi jurulatih / pengurus pasukan yang pernah menjadi juara di mana-mana pertandingan -
juga dirahsiakan kerana listingnya sangat panjang :)
Pengurus Pasukan bolasepak Malaysia yang sangat berpengalaman ,
sangat diperlukan Pasukan Bolasepak Malaysia yang memilukan tidak lain tidak bukan Khairy Jamaluddin.
komen pengurus pasukan berpengalaman ini yang diambil di rembau.net

- Klinik Bola - Ian Rush

- Hantar Sathianathan ke Manchester United

- Klinik Bola - AFC Champions League champions Urawa Red Diamonds of Japan

- INTERCONTINENTAL CUP - MALAYSIA 2008
Malaysia "berjaya" menduduki tempat ketiga peringkat kumpulan, menang :1, seri :1, kalah:1
"
Antara indikasi perkembangan positif yang lain dapat dilihat sewaktu Piala Antara Benua 2008 yang dilangsungkan pada bulan Mei di mana Malaysia sebagai tuan rumah meraih kemenangan 1-0 ke atas juara Piala Asia AFC 2007, Iraq dan keputusan seri 1-1 dengan Nigeria yang kemudiannya mara ke perlawanan akhir di Olimpik 2008 Beijing."- KJ . kekalahan 5-0 kepada UAE mungkin KJ akan kata " kita menunjukkan penonton lebih ramai memakai jersi Malaysia berbanding UAE" ( biar gagal bagaimanapun aspek positif perlu ditekankan , syabas Pengurus Pasukan .

- Liga di bawah FAM diiktiraf "D" :- gred terendah oleh AFC Pro-League Ad-Hoc Committee
belum terbaca sebarang ulasan dari pihak FAM mengenai isu ini mungkin mereka mengambil pendirian lebih baik diam dari tersasul.

- Friendly vs. Indonesia 1:1

- Friendly vs. China U-23 lost 4:0

- Friendly vs. India 1:1

- Chelsea 2-0
"Walaupun tewas, namun saya pasti pemerhati bolasepak tanahair akan mengakui kemajuan tahap persembahan pasukan kita berbanding dua atau tiga tahun dahulu. Yang paling terserlah, para pemain telah mengekalkan tahap disiplin tinggi sepanjang perlawanan – mengikut taktik dan strategi sepertimana yang diarahkan oleh jurulatih." - KJ ( sangat positif )

- melarang penggunaan Pemain Asing kononnya untuk perkembangan bakat muda tempatan

- Kedah , 3 kejuaraan , Piala Malaysia, Super League dan Piala FA

15 Julai 2008 Malaysia kehilangan Lagenda bolasepak Malaysia Allahyarham Dato' Paduka Haji Ahmad Basri bin Mohd Akil
sebagai pencetus kegemilangan bolasepak Kedah dan Pengurus terakhir yang memenangi pingat emas di sukan sea pada 1989

- Merdeka Cup Tournament 2008 , Malaysia tempat ke-2 selepas team bawah umur 22 Vietnam

- Grand Royal Challenge Cup 2008 - Myanmar , layak ke separuh akhir tewas kepada tuan rumah Myanmar

- AFF Suzuki Cup 2008 - tersungkur layu di peringkat kumpulan

- mengekalkan B. Sathianathan sebagai jurulatih selepas Malaysia memperaga aksi mempesona di AFF Suzuki,
mengapa kekalkan Sathia? 2 orang mesti keluar ketika ini tetapi memandangkan pengurus paling berWang Malaysia : KJ masih mahu kekal maka Sathia dikekalkan.

Mungkin pemergian Lagenda bolasepak Malaysia
Allahyarham Dato' Paduka Haji Ahmad Basri bin Mohd Akil yang selalu dipinggir FAM walau beliau miliki deretan sumbangan yang pasti menjadi ingatan peminat bola tempatan, Kedah khususnya lebih menarik perhatian , disusuli kejayaan Kedah merangkul 3 gelaran mampu membuat peminat bola tempatan terhibur , peristiwa yang lainnya hanya rencah memualkan dari pihak FAM , melantik pengurus pasukan sangat penting tetapi FAM mengesahkan mereka adalah antara tunggangan KJ waktu ini - pelantikan yang cukup menggambarkan betapa gigihnya FAM dalam membangunkan bola Malaysia.

Sebenarnya kisah KJ berkuasa di FAM bolehlah dirakam sebagai kisah duka bola Malaysia , langkah pertama Khairy Jembalang ini adalah pada 2004 sebaik sahaja Pak Lah berkuasa mutlak , dengan janji memberi nafas baru kepada liga tempatan Malaysia Super League diperkenalkan ,siapa disebalik
Malaysia Super League Sdn Bhd (MSL) ? apakah kurangnya Liga Malaysia ketika itu untuk rekod Malaysia jika ranking yang di-gahkan si Khairy Jembalang ini ranking ( FIFA ) pasukan Malaysia pada tahun 2003 adalah 116 , 2004 ( 120 ), 2009 Malaysia di ranking ke 158 , jelas mutu bolasepak Malaysia yang berada di tahap memalukan ketika ini bermula serentak dengan pengenalan Malaysia Super League ini. Jelas sekali MSL gagal di dalam misinya memperbaiki bolasepak tempatan tetapi mungkin berjaya dengan kawalan jutaan ringgit yang masuk ke M-League yang diguna entah kemana .
Mungkin benar kata bijak pandai - kejayaan akan hadir jika kita melakukan sesuatu dengan ikhlas , jika tiada keikhlasan seterusnya ditemani syaitan didalam membuat sebarang tindakan hasilnya hanyalah kegagalam yang maksimum.

artikel dibawah diambil dari www.fam.org.my

Malaysia Super League


Malaysia Super League Sdn Bhd (MSL) was formed to serve as the commercial arm of Malaysian football. The Chairman and a member of the Board of Directors is YB Khairy Jamaluddin. Also on the board of directors is FAM General Secretary, Dato’ Azzuddin Ahmad.

Meanwhile, the daily operation of this company is headed by its Chief Operating Officer, Mr. Kuhan Foo.

MSL's primary function is to raise sponsorship funds to further the interest of football in Malaysia. With a yearly season of over 1,000 scheduled matches, MSL has a solid platform for sponsors and advertisers to create brand awareness among the masses, particularly football lovers in the country.

MSL also acts as a marketing tool for the local football scene. Its aim is to create a great sense of pride and awareness of the sport, from the grassroots right up to the professional level.




MSL Sdn Bhd's Board of Directors




seterusnya memulakan program MyTeam-TV3 - 2006 ,
2007 - merge dgn Perak UPB FC - UPB-MyTeam FC , September 2007 dilantik atau meletakkan dirinya di kerusi Vice President - FAM , 2008 - pengurus pasukan Malaysia - seterusnya hingga sekarang -Lu Fikirlah Sendiri .

Malaysia boleh bangkit dari kecelakaan bolasepak hari ini, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah menjauhkan semua politician dari badan yang menguruskan bolasepak Malaysia iaitu FAM , apa gunanya semua politikus ini berada didalam FAM atau persatuan sukan lain, poli-tikus ini kebanyakannya langsung tiada latar belakang yang membanggakan di dalam sesuatu sukan itu, apatah lagi mereka ini bukanlah bersungguh-sungguh untuk memajukan sukan ini - duit mungkin boleh buat stadium , jemput team belasahan ( Afghanistan , Nepal ,Sierra Leon , Bangladesh - untuk naikkan ranking ) tapi duit belum tentu boleh buat Malaysia bangga di persada bolasepak antarabangsa.

M-League yang dikatakan bukan football oleh B.Sathianathan perlu diperhalusi , perlu dirombak jika
perlu ,
diiktiraf "D" :- gred terendah oleh AFC Pro-League Ad-Hoc Committee adalah sesuatu yang serius antara perkara yang ditekankan oleh AFC adalah keperluan M-League untuk mempunyai audited Profit & Loss Statement and Balance Sheet juga keperluan M-league untuk memiliki auditor. Dengan sokongan konglomerat besar seperti TM , Genting dan lainnya adalah memalukan sebenarnya jika gred - D ini dianugerahkan kepada M-League. Apa yang ada pada M-League ini juga bukan gambaran yang sewajarnya kerana semua maklum liga bolasepak Malaysia sudah bertapak sejak 1982 .Menolak penggunaan pemain asing di M-League juga sesuatu yang agak lucu , suatu keputusan yang bagai tidak berpijak di dunia nyata , alasan FAM - memberi lebih ruang untuk pemain Malaysia beraksi , tetapi sebagai catatan Spain (ranking no 1 dunia) , Germany (2) , Belanda (3) - Japan (34 ) adakah pemain dari negara-negara ini permainan mereka longlai kerana liga mereka memiliki pemain luar? .
Buat Khairy Jembalang ini adalah isyarat jelas anda harus berundur dari FAM & MSL untuk kebaikan bolasepak Malaysia , anda mungkin boleh bersama-sama dengan Shahidan Kassim di dalam persatuan sukan yang lebih sesuai untuk anda berdua
Persatuan Kabbadi Malaysia (KAM) - tak ramai rakyat yang kisah kalau KJ & Shahidan join KAM ini. Agak bersyukur 2 Jembalang ini tidak terlibat dengan Hoki,Skuasy atau Badminton harapnya dijauhkan terus.

Peminat Bolasepak tempatan harus memberi isyarat yang jelas berkenaan perkara ini di setiap perlawanan yang di selia terus oleh FAM seperti Piala FA, M-League bawa sekali kain putih , lambaikan kain putih ini , ini isyarat yang jelas untuk rombakan di FAM - mereka yang hanya nanah , kudis jijik di dalam FAM ini, harus memahami isyarat ini mereka harus berundur segera jika tidak mahu bolasepak Malaysia lebih hina di masa mendatang.


1 comment:

  1. salam buat coretan_khalayak. its great writing. saya berkongsi pendapat yang sama tentang apa yang diluahkan di sini. i did wrote the same comments in my blog and did proposed ke fam melalui setiausaha AGUNG FAM tatkala beliau mula melangkah masuk ke OVAL OFFICEnya. you may refer to rizalhashim's blog tajuk : cadangan jurulatih merangkap blogger. share your views. thanks

    ReplyDelete